Tiga kluster baharu Covid-19 membabitkan  tempat kerja, komuniti dan kumpulan berisiko tinggi dikesan di Johor dan Selangor.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Tiga kluster baharu Covid-19 membabitkan  tempat kerja, komuniti dan kumpulan berisiko tinggi dikesan di Johor dan Selangor.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan keseluruhan kluster aktif kini sebanyak 539 kluster.

“Sebanyak 5,722 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini dengan 539 daripadanya kluster aktif dan 5,183 lagi sudah tamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Perincian kluster adalah di Kluster Ladang Jalan Kluang (Kluang) dengan 17 kes. Kluster Jalan Sutera Kuning (Johor Bahru) dengan 10 kes.

Kluster ketiga di Jalan Lama Tebuk Marso (Sabak Bernam) dengan 15 kes.

Dalam pada itu, Dr. Noor Hisham turut memberitahu, sebanyak 6,978 pesakit pulih dalam tempoh 24 jam lalu.

“Ini menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 2,431,761 setakat ini dengan 2,327,369 daripadanya telah sembuh.

“Seramai 695 601 dirawat di Unit Rawatan Rapi, dengan 522 daripadanya disahkan positif Covid-19 dan 79 kes masih dalam siasatan.

“Manakala 229 pesakit memerlukan bantuan pernafasan, dengan 222 daripadanya positif Covid-19 dan baki 77 orang disyaki dijangkiti virus itu,” ujarnya.

Dr. Noor Hisham berkata, sebanyak107 atau 1.9 peratus adalah Kategori 3 hingga 5 manakala 5,559 kes atau 98.1 peratus lagi dalam Kategori 1 dan 2.

Malaysia semalam mencatatkan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 44 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 4 petang hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak  28,354 kes.

Daripada jumlah itu, Kementerian Kesihatan yang mengemaskini maklumat ini di laman Github juga memaklumkan daripada jumlah itu sebanyak 10 pesakit telah meninggal dunia sebelum sempat menerima rawatan di hospital. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Covid-19 catat 5,666 kes hari ini