Dr Noor Hisham Abdullah Covid-19 cases recoveries
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 5,666 kes positig baharu Covid-19 dicatatkan dengan kes terkumpul sudah mencecah 2,431,716 hari ini setakat jam 12 tengah hari.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding 5,828 kes semalam.

Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 adalah 2,431,716 kes, katanya.

Data terbaru menunjukkan kemasukan ke hospital di seluruh negara sepanjang tujuh hari lepas menurun sebanyak 11.9 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

Bagaimanapun, kemasukan hospital di beberapa negeri mengalami peningkatan terutamanya di Terengganu (+13.2 peratus) dan Pulau Pinang (+12.1 peratus).

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Okt 23) di mana 5,828 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

Selangor (1,039)

Sabah (592)

Sarawak (587)

Kelantan (544)

Johor (503)

Perak (411)

Terengganu (398)

Kedah (345)

Pulau Pinang (338)

Pahang (335)

Kuala Lumpur (252)

Melaka (223)

Negeri Sembilan (199)

Perlis (39)

Putrajaya (20)

Labuan (3)

Kementerian Kesihatan hanya mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan harinya melalui portal CovidNow sejak 9 Oktober lepas. – MalaysiaGazette