Gerabak kereta api yang terbiar di tanah persendirian Ulu Yam menimbulkan pertanyaan orang ramai.

KUALA LUMPUR – GerabakĀ  kereta api Transit Aliran Ringan (LRT) yang terbiar di tanah persendirian di Ulu Yam bukan lagi milik Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).

Prasarana berkata, pemilikan set kereta api itu telah dipindahkan ke CSR-Zhuzhou pada tahun 2014.

Ia merupakan sebahagian daripada program pembelian balik untuk belian 50 set kereta api baharu yang kini digunakan untuk mengoperasikan LRT Ampang – Sri Petaling.

“Sejak itu CSR-Zhuzhou mengesahkan bahawa set kereta api dilupuskan dan dijual pada tahun 2016 kepada pihak ketiga, yang menyimpan kereta api di tanah pribadi di Ulu Yam.

”Oleh itu, gerabak berkenaan bukan aset Prasarana atau berada dalam tanggungjawab kami, justeru tidak wajar kami memberi komen lebih lanjut mengenai perkara itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Prasarana mengulas mengenai gerabak yang terbiar yang tular melalui YouTube baru-baru ini. – MalaysiaGazette