Petugas kesihatan memberikan suntikan vaksin Covid-19 jenis Sinovac kepada remaja dalam program vaksinasi Covid-19 Selvax Remaja di Dewan Serbaguna MPK Pandamaran Jaya Klang, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ 24 OKTOBER 2021. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Program Vaksin Selangor (Selvax) Remaja berumur 12 tahun ke atas diteruskan ke tiga lokasi lagi pada 28 hingga 31 Oktober ini.

Menerusi poster yang dikongsikan Exco Kesihatan Awam Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud di Facebook, ia meliputi Dewan Orang Ramai Kampung Ulu Chuchoh pada 28 Oktober dan Dewan Serbaguna Komuniti Blok G, Apartment Flora Damansara pada 30 Oktober.

Sementara di Dewan Kompleks Sukan Pandamaran pada 31 Oktober.

Program tersebut terbuka kepada rakyat tempatan dan bukan warganegara dengan mengkhususkan kepada peserta yang belum menerima dos pertama atau tercicir dos kedua Selvax.

Orang ramai perlu mendaftar awal melalui aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) dengan menekan butang VAX dan masukkan kod baucar yang betul.

Program berkenaan mensasarkan sekurang-kurangnya 10,000 remaja untuk diberikan suntikan vaksin sebagai langkah mencegah penularan wabak Covid-19.

Sebelum ini, Selangor melancarkan Selvax Komuniti dan Selvax Industri bagi melengkapkan dan mempercepat proses suntikan pelalian penduduk negeri itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast