Eddy Azly Abidin

KUALA LUMPUR – Takaful Ikhlas General Berhad (Takaful Ikhlas) melancarkan kempen ‘Nak Emas?’ yang menawarkan hadiah emas untuk peserta individu yang menyertai produk takaful am terpilih sepanjang 1 September 2021 sehingga 31 Disember 2021.

Kempen yang pertama kali diadakan ini memberi peluang kepada peserta untuk memenangi hadiah emas apabila mereka menyertai pelan perlindungan takaful am daripada Takaful Ikhlas iaitu perlindungan takaful motor, takaful perlindungan kediaman, takaful kemalangan peribadi dan takaful kembara.

”Kempen yang bermula dari 1 September 2021 hingga 31 Disember 2021 menawarkan hadiah emas 10 gram untuk 12 pemenang tempat pertama, 5 gram emas untuk 20 pemenang tempat kedua dan 1 gram emas untuk 300 pemenang tempat ketiga.

Hadiah yang ditawarkan ini merupakan akaun emas dan para pemenang akan dipilih melalui cabutan rezeki emas secara bulanan,” kata Eddy Azly Abidin, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas General Berhad.

Kempen ‘Nak Emas?’ ini adalah sebahagian daripada usaha Takaful Ikhlas untuk menggalakkan lebih ramai masyarakat mengambil perlindungan patuh syariah untuk melindungi diri mereka, harta benda dan keluarga tersayang.

Menurut beliau, kempen ini turut menawarkan manfaat percuma kepada peserta iaitu Ikhlas Waqf & Endowment (IWE) berjumlah RM1,000 atas nama peserta yang akan disalurkan kepada institusi diiktiraf yang dipilih oleh Takaful Ikhlas. – MalaysiaGazette