resignation resign Speaker of Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun. Perikatan Nasional PN majority support Muhyiddin face mask MP Members of Parliament MPs
Azhar Azizan Harun

KUALA LUMPUR – Sidang Dewan Rakyat yang baru selesai sebentar tadi meriah dengan ucapan selamat hari jadi kepada Speaker, Datuk Azhar Azizan Harun hari ini.

Ucapan itu bermula dengan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang sempat mengucapkan selamat hari lahir kepada Azhar sebelum menjawab soalan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Wong Hon Wai (PH) pada sesi pagi.

Dalam ucapan ringkasnya, Ahli Parlimen Sembrong itu turut mendoakan agar Azhar diberikan kesabaran dan ketabahan dalam memimpin Dewan Rakyat.

Selepas itu, setiap ahli Parlimen sama ada menteri atau pembangkang turut mengucapkan perkara yang sama sebelum memulakan ucapan atau perbahasan.

Ucapan selamat hari jadi itu ditutup oleh Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Azeez Abdul Rahim (BN) sebaik Azhar memaklumkan sidang tamat dan bersambung esok pagi.

Azhar yang merupakan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat baharu menggantikan Mohamad Ariff Md Yusof pada 13 Julai tahun lalu.

Berdasarkan sumber Wikipedia, Azhar menyambut hari ulang tahun kelahiran yang ke-59 hari ini. – MalaysiaGazette