vaksin remaja
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 5,726 kes positif Covid-19 dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah terkini ini menjadikan kes kumulatif sebanyak 2,442,224.

Jelasnya, daripada kes harian yang dilaporkan hari ini, sebanyak 97 kes adalah kategori 3, 4, dan 5 manakala 5,629 kes pula terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Kes import sebanyak 25 melibatkan sembilan warganegara dan enam bukan warganegara.

“Kes tempatan 5,711 kes membabitkan 5,489 warganegara (96.1 peratus), 222 bukan warganegara (3.9 peratus),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, Dr. Noor Hisham berkata, sebanyak 5,607 kes sembuh dilaporkan.

“Ia menjadikan kes sembuh kumulatif adalah 2,340,390,” katanya.

Tambah beliau, sebanyak 598 kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi yang mana 308 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, Dr.  Noor Hisham berkata, tujuh kluster baharu dikenal pasti Kementerian Kesihatan (KKM).

“Lima kluster tempat kerja manakala masing-masing satu untuk kluster komuniti dan pendidikan tinggi,” katanya lagi.-MalaysiaGazette