Datuk Khairul Dzaimee Daud
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud.

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah melantik mana-mana ejen atau pihak ketiga bagi menguruskan pendaftaran Program Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di negara ini.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Khairul Dzaimee Daud menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang urusan dengan mana-mana ejen dan pihak ketiga untuk pendaftaran Program Rekalibrasi membabitkan PATI.

“Pendaftaran program ini boleh dibuat secara terus di laman web www.imi.gov.my.

“Jabatan ini telah menerima maklumat dan pertanyaan berkenaan ejen serta pihak ketiga yang menawarkan perkhidmatan untuk menguruskan pendaftaran Program Rekalibrasi PATI kepada majikan yang ingin menggaji PATI dan juga kepada PATI yang ingin pulang ke negara asal dengan mengenakan jumlah bayaran tertentu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru katanya, ada antara ejen dan pihak ketiga yang berselindung di sebalik nama NGO dan syarikat pembekal tenaga kerja bagi memancing majikan untuk menggunakan perkhidmatan mereka.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya berurusan terus dengan Imigresen dan sentiasa mengikuti perkembangan serta pengumuman terkini tentang Program Rekalibrasi.

“Jabatan ini sentiasa membuat pengumuman dari semasa ke semasa dan orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan berhubung program ini boleh membuat pertanyaan melalui Sistem Pertanyaan Online (SPO) yang boleh dicapai di pautan www.imi.gov.my,” tegasnya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast