The Perikatan Nasional (PN) has decided to use its coalition logo in the coming state election (PRN) in Melaka
The Perikatan Nasional (PN) has decided to use its coalition logo in the coming state election (PRN) in Melaka. Perikatan Nasional (PN) bersepakat menggunakan lambang gabungan parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) bersepakat menggunakan lambang gabungan parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, persetujuan itu dicapai bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Gerakan dalam mesyuarat malam tadi.

“Rundingan kerusi-kerusi yang akan ditandingi oleh parti PN akan dimuktamadkan oleh Jawatankuasa Kerusi PN,” katanya yang juga Presiden Bersatu dalam satu kenyataan.

Menurut Muhyiddin, Majlis Tertinggi PN juga memutuskan semua parti komponennya menggerakkan sepenuhnya jentera parti masing-masing dan menggembleng seluruh tenaga bagi memenangi PRN Melaka.

Dalam kenyataan itu, PN tidak ada menyebut mengenai sebarang kerjasama dengan gabungan parti lain termasuk Barisan Nasional.- MalaysiaGazette