Petugas hospital mengusung pesakit yang dipercayai positif Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 08 APRIL 2020.

KUALA LUMPUR – Sejumlah 84 kematian Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kumulatif kematian bertambah kepada 28,576.

Daripada jumlah itu, sebanyak 67 kematian dilaporkan berlaku dalam tempoh tujuh hari lalu.

Kementerian Kesihatan berkata, daripada kes kematian yang dilaporkan sebanyak 20 kes meninggal dunia atau 23.8 peratus di luar hospital.

Kementerian Kesihatan berkata, Sarawak mencatatkan kes kematian tertinggi sebanyak 19 atau 22.6 peratus daripada kematian baharu.

Ia diikuti Sabah (16), Perak (12), Selangor (8), Johor (7), Terengganu (7), Kedah (6), Kelantan (5), Melaka (1), Pahang (1), Pulau Pinang (1) dan Kuala Lumpur (1).

Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan, Perlis serta Negeri Sembilan merekodkan sifar kes kematian.

Setakat bulan ini, Malaysia merekodkan 2,368 kes kematian. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast