Dr Noor Hisham Abdullah Covid-19 cases recoveries
Dr. Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA – Sebanyak sembilan kluster baharu jangkitan Covid-19 dikenal pasti hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini sebanyak 5,744 kluster telah direkodkan di negara ini.

“Manakala sebanyak 5,250 kluster telah ditamatkan dan 494 kluster lagi dikesan masih aktif di negara ini.

“Malahan daripada sembilan kluster baharu hari ini, enam dikenalpasti sebagai kluster kategori tempat kerja, dan masing-masing tiga kluster dikenalpasti sebagai Pendidikan Lain, Kumpulan Berisiko Tinggi dan Komuniti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Noor Hisham berkata, enam kluster tempat kerja ialah Jalan Tasik Selatan Tiga, Persiaran Bukit Kiara, Jalan Raja Muda di kesan di daerah Cheras, Kepong, Lembah Pantai dan Titiwangsa di WP Kuala Lumpur.

Katanya, kluster Persiaran Bukit Kiara dan Jalan Raza Muda telah dikenalpasti hasil saringan bersasar di tempat kerja membabitkan kakitangan sebuah pusat pentadbiran awam di Jalan Bukit Kiara, Taman Bukit Damansara, Kepong serta pusat pentadbiran di Jalan Raja Muda Abdul Aziz iaitu seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun dikesan positif pada 19 dan 22 Oktober lalu menerusi saringan individu bergejala.

“Manakala kluster kerja Industri Persiaran Kemajuan dan Industri Dua Jalan Sepuluh MIEL dikenalpasti di Hulu Langat, Sepang, Kuala Langat dan Petaling di Selangor dan Dah Batu 8 telah dikesan di Kuala Muda dan Yan Kedah.

“Kluster Pendidikan Lain iaitu Jalan Danau Saujana telah dikesan di Titiwangsa diikuti Kluster Kumpulan Berisiko Tinggi iaitu Jalan Besar tanjung dikesan di daerah Kinta dan Kuala Kangsar Perak.

“Kluster Komuniti iaitu Jalan Kuari pula dikesan di Kota Bharu dan Bachok Kelantan,” ujarnya.

Tambah beliau, Kluster Jalan Danau Saujana melibatkan pelajar-pelajar dan kakitangan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Taman Setapak Indah, Titiwangsa.

Kluster berkenaan melibatkan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dari Jalan Danau Saujana 2, Titiwangsa yang dilaporkan positif Covid-19 pada 23 Oktober lalu hasil saringan individu bergejala dan kes mula bergejala pada 20 Oktober lalu.

Untuk kesemua enam kluster berkenaan, jumlah kes positif yang dikenalpasti adalah sebanyak 227 kes manakala jumlah yang disaring adalah sebanyak 703 individu. – MalaysiaGazette