Foto Instagram Sharifah Sakinah.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Sharifah Sakinah yang mengambil keputusan untuk tidak lagi memandu kereta berikutan masalah Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) yang dialaminya.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, wanita berusia 32 tahun itu mengakui terdapat segelintir pihak yang telah melabelkan dirinya seorang yang malas atau manja.

“Orang ramai tidak faham apabila saya memutuskan untuk TIDAK MEMANDU lagi. Saya boleh memandu, mendapat lesen yang sah, memandu selama enam tahun dan orang hanya melabel saya sebagai malas atau manja.

“Masa driving tak boleh nak focus, berangan, careless, makin tua makin paranoid, anxiety semua ada. Naik grab or mintak orang lain drive is a better choice walaupun tak convenient. Duduk jadi passenger pun drama,” tulisnya.

Sebelum in, Sakinah yang mengalami masalah ADHD itu sehingga pernah mendapatkan rawatan di luar negara.

Malah, dia juga pernah menyatakan kesukaran untuk memandu kereta memandangkan sukar untuk membezakan kiri dan kanan akibat masalah tersebut.

Sementara itu, Sakinah memberitahu keputusan yang dibuatnya sebelum ini adalah pilihan sendiri dan menganggap ada hikmah di sebaliknya.

“Ia hanya pilihan yang lebih bertanggungjawab. Tuhan tarik nikmat bebas driving ke mana-mana tapi takpalah ada hikmahnya, ada rezeki lain,” ujarnya. – MalaysiaGazette