Masidi Manjun

KOTA KINABALU – Majlis hari jadi dipercayai menjadi pencetus Kluster Kimolohing di Ranau yang melibatkan 49 kes positif Covid-19 setakat hari ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun.

Jurucakap Covid-19 Sabah itu berkata, kes indeks bagi kluster jenis komuniti tersebut merupakan seorang lelaki tempatan yang dikesan positif Covid-19 pada 18 Okt lepas.

“Berdasarkan siasatan awal, kes indeks mengadakan majlis sambutan hari jadi pada 12 hingga 14 Okt lepas di rumahnya. Pada 16 Okt pula, kes indeks menghadiri majlis hari jadi di rumah saudaranya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Masidi berkata, kes indeks mula bergejala sejak 17 Okt dan menjalani saringan pada hari berikutnya serta didapati positif.

Beliau berkata, saringan kontak rapat telah dilakukan dengan 48 orang daripada lokaliti sama didapati positif menjadikan kumulatif sebanyak 49 kes.

Sementara itu, Masidi berkata, 565 kes baharu direkodkan di negeri itu hari ini menjadikan kumulatif 215,079 kes manakala 820 pesakit sembuh sekali gus mencatatkan kumulatif sembuh 204,633 orang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast