Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO menerima 3,514 keahlian baharu bagi tempoh 1 September hingga 25 Oktober 2021.

Ketuanya, Datuk Asyraf Wajdi Dasuki berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan ahlinya sebanyak 471,882.

Sabah mencatatkan kemasukan ahli baharu tertinggi untuk satu bulan ini iaitu seramai 1,389 orang.

”Walaupun dalam tempoh masa 55 hari, pertambahan jumlah pendaftaran ahli baru yang begitu memberangsangkan ini memberi semangat buat kami Pergerakan UMNO Malaysia untuk terus berjuang bersama ahli-ahli akar umbi demi perjuangan parti keramat UMNO ini,” katanya. – MalaysiaGazette