KUANTAN – Seramai 100 anggota polis di Pahang bersiap-siaga untuk melakukan penugasan oeprasi menyelamat di lapangan  sebagai persediaan menghadapi banjir di Pahang tahun ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Mohamed Ramli Yoosuf berkata, jumlah tersebut melibatkan 11 pegawai kanan polis dan 89 pegawai rendah polis  yang akan membantu Ibu pejabat polis Daerah (IPD) dan balai-balai polis seperti kelaziman menghadapi banjir.

Menurut beliau, bagaimanapun sehingga kini masih belum ada arahan pembekuan cuti namun semua perlu perlu bersiap sedia malah mereka yang sudah bercuti juga akan dipanggil untuk bertugas.

“Aset Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga setakat ini mencukupi bagi melaksanakan operasi menyelamat sekiranya berlaku banjir di negeri Pahang.

“Kita akan mendapatkan bantuan aset PPM dari wilayah lain sekiranya ada keperluan seperti yang pernah kita lakukan ketika kejadian banjir sebelum ini,” katanya ketika ditemui media.

ARTIKEL BERKAITAN :

Polis Pahang tahan 39 individu memiliki senjata buatan sendiri

Empat anggota berparti di balai polis hanya berdepan tindakan tatatertib

MalaysiaGazette sempat membuat tinjauan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga, Pahang  mengadakan demonstrasi mencari dan menyelamat di Jeti Markas PPM Wilayah 3, pada petang tadi sebagai latihan persedian fenomena musim banjir.

Menurut Ramli, demonstrasi tersebut sebagai latihan memantapkan fizikal dan mental pegawai serta anggota di samping untuk menguji aset dan kelengkapan menyelamat pada musim monsun timur Laut yang dijangka antara November ini hingga Mac tahun depan.

Sehingga kini, PPM Wilayah Tiga memiliki 20 aset kenderaan darat dan air termasuk tujuh bot, empat treler, lima jet ski, dua van dan Land Rover serta beberapa peralatan lain yang akan digunakan untuk operasi menyelamat sekiranya berlaku banjir. – MalaysiaGazette