Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Ketua balai polis serta tiga anggota yang dicekup sebelum ini kerana berhibur dan berparti arak di sebuah balai polis di Kajang, Selangor 21 Julai lalu bakal berdepan tindakan tatatertib.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukt Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, keempat-empat anggota itu bagaimanapun masih sedang melalui siasatan tatatertib PDRM.

Katanya, kesemua anggota berkenaan menghadapi pertuduhan di bawah Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

“Keempat-empat anggota berkenaan telah diarahkan untuk mengemukakan surat representasi terhadap semua pertuduhan berhubung kesalahan mereka sebelum keputusan lanjut dibuat jawatankuasa tatatertib.

“Keputusan tidak mendakwa ketua balai dan tiga anggota balai polis berkenaan telah dibuat oleh Timbalan Pendakwaraya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: 

Dalam perkembangan sama tambah beliau, ketua balai berkenaan turut dilibatkan dalam ujian saringan air kencing untuk kali kedua.

Ujarnya, hasil keputusan saringan itu yang diperolehi untuk pengesahan pakar patalogi mendapati pegawai terbabit negatif penyalahgunaan dadah.

“Kesemua yang terlibat turut dikenakan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19,” tegasnya.-MalaysiaGazette