Aznil Nawawi

KUALA LUMPUR – Selebriti popular, Datuk Aznil Nawawi menasihati ibu bapa dan penjaga agar melindungi kanak-kanak dengan tindakan proaktif bagi memastikan golongan terbabit tidak dijangkiti Covid-19 walaupun kes pandemik itu semakin menurun.

Pengacara terkenal itu berkata, walaupun negara telah mencapai status vaksinasi lengkap lebih 94 peratus bagi individu dewasa, anak-anak di bawah usia 12 tahun masih belum mendapat perlindungan sepenuhnya.

Beliau yang juga duta produk suplemen kesihatan Eskayvie memberitahu, kanak-kanak masih berisiko serta sangat terdedah kepada jangkitan kuman dan virus dan pengambilan suplemen atau makanan tambahan melengkapi keperluan itu.

“Tabiat pemakanan yang tidak seimbang selain kurang melakukan aktiviti riadah di luar rumah disebabkan pandemik, menyebabkan mereka cenderung mengalami sistem imun yang lemah,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan produk vitamin terbaharu Eskayvie Sdn Bhd, Diffenz Junior di Hotel St Regis di sini semalam.

Produk berkenaan khusus untuk golongan kanak kanak dan bertepatan dengan situasi pandemik semasa Covid-19 menuju endemik.

Aznil Nawawi kini merupakan duta produk Eskayvie.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri berkata, Diffenz Junior menjadi inovasi terbaharu kami bagi membantu ibu bapa untuk memberi perlindungan terbaik bagi kanak-kanak di musim pandemik ini.

Beliau berkata, pihaknya memahami kerisauan ibu bapa tentang keselamatan anak-anak di bawah usia 12 tahun yang masih belum mendapat suntikan vaksin.

“Dalam keadaan sekarang, sistem imun yang baik adalah sangat penting dan Eskayvie sentiasa berusaha memberikan sokongan diperlukan untuk setiap peringkat umur

“Diffenz Junior dirumus secara saintifik menggabungkan bahan utama iaitu Cendawan Susu Harimau, Buah Camu-camu, Kolostrum, Multivitamin, Vitamin C dan Vitamin D.

“Gabungan ramuan kaya antioksidan, vitamin dan flavonoid semulajadi ini mampu memberi perlindungan terbaik kepada kanak-kanak.

“Tablet kunyahan perisa oren yang enak ini bukan saja untuk menyokong sistem imun, malah turut membantu tumbesaran anak dan seterusnya menjadikan mereka kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed menambah pelbagai aktiviti pemasaran dan jualan telah dirangka sepanjang Oktober dan November ini.

““Selaras dengan visi Memperkasakan Kesihatan dan Ekonomi Ummah, Eskayvie mensasarkan jualan sebanyak RM300 juta pada tahun 2022. Eskayvie sangat jelas dengan misi untuk membantu lebih 50,000 usahawan Eskayvie Nexus di seluruh Malaysia pada 2022 bagi mencapai matlamat kewangan yang lebih baik,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Diffenz Junior ini, layari laman sesawang www.eskayvie.com atau pautan media sosial. – MalaysiaGazette