Pakatan Harapan PH flag Sarawak state election polls
PRN Johor menjadi ‘makmal’ bagi parti-parti dalam Pakatan Harapan.

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan jaringan prasarana 5G oleh Digital Nasional Berhad (DNB) perlu dibahas di Parlimen dan dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Pembangunan Infrastruktur sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya.

Itu ketetapan Jawatankuasa Komunikasi, Digital dan Multimedia Pakatan Harapan (PH).

Dalam satu kenyataannya, ia perlu dibincangkan memandangkan kemungkinan risiko monopoli oleh DNB yang menyebabkan negara kehilangan pendapatan.

“Dari sudut pendapatan kerajaan, langkah pelaksanaan 5G melalui monopoli DNB ini bermaksud kerajaan akan berisiko kehilangan pendapatan dari hasil jualan spektrum 5G terus kepada syarikat-syarikat telekomunikasi yang dianggarkan bernilai RM7 hingga 12 bilion.

“Pada ketika pendapatan tahunan kerajaan sangat tertekan akibat pandemik Covid-19, sudah pasti langkah ini akan mendatangkan kesan negatif terhadap pendapatan kerajaan. Hal ini mesti dipertimbang semula,” ujarnya jawatankuasa itu dalam satu kenyataan hari ini.

DNB juga dijangka membuat siri pinjaman bank serta menerbitkan sukuk menjelang tahun hadapan yang keseluruhannya berjumlah RM8 billion dan oleh kerana DNB dimiliki penuh oleh kerajaan, maka pinjaman itu merupakan satu bentuk liability kontingen (contingent liability) yang merupakan risiko yang terpaksa dipikul rakyat akhirnya nanti sekiranya DNB gagal membayar balik hutang tersebut.

“Hal ini wajar dipertimbang semula dengan cukup serius,
memandangkan bebanan hutang kerajaan yang dijangka meningkat.

“Dalam aspek pelaksanaan secara teknikal, kami meneliti beberapa risiko besar termasuk isu-isu legasi yang mungkin timbul apabila perkhidmatan telekomunikasi beralih ke teknologi yang lebih tinggi kelak,” kata kenyataan yang sama.

Malah berdasarkan garis panduan Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia bertarikh 9 Julai 2021, syarikat-syarikat telekomunikasi hanya dibenarkan untuk menggunakan spektrum sedia ada untuk menyediakan perkhidmatan sehingga tahap 4G sahaja dan tidak 5G atau lebih dari itu.

Ini adalah satu kekangan teknologi yang amat tidak wajar, menghilangkan sifat ‘keberkecualian teknologi’ (removal of ‘technology neutrality’) dan wajib dipertimbang semula.

Anggota Jawatankuasa Komunikasi, Digital dan Multimedia PH terdiri daripada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fdzil (PKR); Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (AMANAH); Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh (DAP); Ahli Parlimen Kluang, Wong Shiu Qi (DAP); Ahli Parlimen Alor setar, Chan Ming Kai (PKR) dan Pengarah konikasi Wanita PKR, Loh Ker Chean.- MalaysiaGazette