Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700 diberikan kepada 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah.

Bantuan ini bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini.

Manakala 1 juta pesara Kerajaan sebanyak RM350.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz berkata, bantuan khas itu membawa implikasi Kewangan sebanyak RM1.3 bilion.

”Diharapkan semoga bantuan ini dapat menjadi pemangkin kepada penjawat awam untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022. – MalaysiaGazette