Potensi kawasan Felda bukan sahaja terhad kepada penanaman sawit tetapi potensinya

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperuntukkan RM35 juta bagi melaksanakan Skim Rangsangan Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil dan RM20 juta untuk menangani kempen anti-minyak sawit di peringkat antarabangsa.

Menteri Kewangan berkata, untuk tahun hadapan, kerajaan bersetuju menaikkan nilai ambang kenaan levi keuntungan luar biasa kelapa sawit bagi Semenanjung Malaysia daripada RM2,500 kepada RM3,000.

Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz berkata, bagi Sabah dan Sarawak nilai ambang kenaan levi keuntungan luar biasa kelapa sawit dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM3,500.

Manakala kadar levi Sabah dan Sarawak diselaraskan kepada 3 peratus seperti mana kadar levi di Semenanjung. – MalaysiaGazette