AYER KEROH – Perikatan Nasional (PN) menafikan dakwaan kononnya gabungan parti itu cuba merasuah pengundi Melaka melalui pemberian wang tunai menerusi inisiatif Gerai Prihatin Rakyat yang diusahakan sejak enam bulan lalu.
Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebaliknya menjelaskan, gambar yang tular hari ini kononnya beliau memberi rasuah sebenarnya adalah untuk memulangkan baki wang pembelian barang keperluan kepada pengunjung yang hadir.
“Tak ada, saya duduk sebelah Rafiq dia orang ini nak berapa, satu, dia bagi RM20, satu itu RM15. Pulang balik RM5 kemudian saya serah kepada dia (pengunjung).
“Saya sudah agak, mesti ada orang niat jahat, tengok Tan Sri Muhyiddin bagi rasuah.Tak ada, niat baik, duit baki, ada nakkan tiga set RM45, dia bagi RM50. Pulang balik RM5, begitu cara dia.
“Takkan saya nak (rasuah) sebodoh itu pun, kalau nak buat rasuah itu jangan terang-terang, buat gelap-gelap tempat lain, kononnya.
“Tak ada, itu niat baik kita, jangan salah faham, difitnah oleh orang, musim sekarang ini makin banyak orang nak memfitnah. Apa pun niat baik kita, itu serah dia dengan tuhan,” katanya pada sidang media di Hotel Mudzaffar di sini hari ini.
Beliau mengulas dakwaan kononnya beliau cuba membeli pengundi Melaka dengan pemberian wang tunai RM5 ketika mengunjungi Gerai Prihatin Rakyat di Pantai Kelabang tengah hari ini.
Dalam pada itu, Muhyiddin tidak menolak kemungkinan perkara itu sengaja ditimbulkan kerana cemburu dengan usaha PN dalam memenangi hati rakyat melalui penjualan barang keperluan asas pada kadar separuh harga.
“Soalnya tiada, kalau ada pun mungkin mereka iri hati, Rafiq orang yang mulakan, bukan baharu, saya diberitahu ia sudah enam bulan berlangsung, masih berterusan.
“Mereka meneruskan usaha yang dibuat oleh pihak kerajaan memberi bantuan-bantuan kepada ramai orang di Melaka yang memerlukan bantuan, barangan berpatutan pada harganya sederhana.
“Saya fikir tiada salah, jadi yang penting patut mereka hargai usaha sebegini untuk menolong rakyat, tak memadai kerajaan buat, parti kita buat, jadi saya fikir ia langkah yang sewajarnya, langkah yang seharuanya dihargai oleh semua pihak,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Muhyiddin bantu PN jual barang separuh harga kepada penduduk
Saya pengundi DUN Klebang…kalau tak ada PRN kenapa tak ada gerai jual barangan dgn diskaun banyak mcm tu? Apa tujuan buat mcm tu kalau bukan untuk raih undi? Sah2 rasuah untuk dapat undi…