M. Saravanan

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia berharap majikan swasta dapat memperhalusi dan mempertimbangkan langkah sama memberi cuti tanpa rekod kepada pekerja Hindu selama satu hari iaitu pada hari kedua perayaan Deepavali yang jatuh pada hari Jumaat.

Menterinya, Datuk Seri M. Saravanan berkata, memandangkan selepas hari kedua perayaan Deepavali adalah hujung minggu dan ini akan memberikan lebih masa kepada pekerja untuk diluangkan bersama keluarga sempena sambutan perayaan Deepavali.

Dalam kenyataannya, beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana memberikan kemudahan cuti tanpa rekod tambahan selama satu hari kepada pegawai
perkhidmatan awam beragama Hindu yang telah berkuat kuasa sejak tahun 2018. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast