KUALA LUMPUR – Sebanyak 22,348,481 individu atau 95.5 peratus populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat semalam, menurut data laman sesawang COVIDNOW.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu, sebanyak 97.7 peratus atau 22,866,371 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Setakat semalam, 2,063,107 individu atau 65.5 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin manakala 83 peratus atau 2,612,639 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK Remaja.
Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bertambah kepada 50,012,681 dos.
Dalam pada itu, sebanyak 20,370 dos penggalak vaksin Covid-19 diberikan semalam menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 291,409 dos. – MalaysiaGazette