covid-19
Sebanyak lapan kematian dilaporkan KKM semalam. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 44 kematian yang direkodkan akibat jangkitan Covid-19, sehingga semalam.

Daripada jumlah itu, empat kes merupakan kematian di luar hospital (BID).

Berdasarkan data perkembangan harian yang dipaparkan oleh COVIDNOW, sehingga kini seramai 28,876 kematian akibat pandemik berkenaan.

Sarawak masih menjadi negeri yang mencatatkan kematian tertinggi, iaitu 10 kes.

Diikuti dengan Johor (5), Sabah (5), Kedah (4), Kelantan (4), Selangor (3), Kuala Lumpur (3), Melaka (2), Perlis (2), Terengganu (2) , Negeri Sembilan (1), Pahang (1), Perak (1) dan Pulau Pinang (1).

Dua negeri tidak merekodkan kematian adalah Labuan dan Putrajaya.

Sementara itu, sebanyak 69,153 kes aktif Covid-19 dilaporkan sehingga semalam, berkurang 10.5 peratus seminggu yang lalu.

Semalam sebanyak 5,854 kes positif baharu manakala 6,715 yang telah sembuh.-MalaysiaGazette