Tindakan kurang ajar seorang minah saleh yang viral sebagai 'karen' membuat kecoh di KLCC dan melanggar SOP PPN Fasa 4 2021 telah disiasat dan dikenakan kompaun atas dua kesalahan.Gambar Ihsan IPD Dang Wangi

KUALA LUMPUR – Wanita Inggeris yang melanggar prosedur operasi standard ketika memasuki Butik Dior di KLCC baru-baru ini dikenakan kompaun RM3,000 bagi dua kesalahan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor dellhan Yahaya berkata, wanita itu didapati bersalah tidak mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan apabila gagal mendaftar masuk ke premis meenggunakan aplikasi MySejahtera di kawasan capaian Internet yang luas.

Kesalahan kedua pula tidak mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan apabila gagal memakai pelitup muka ketika berada di dalam premis.

ARTIKEL BERKAITAN: 

“Wanita itu sudah dipanggil dan selesai diambil keterangannya berhubung kes tersebut manakala kertas siasatan juga telah dilengkapkan polis.

“Tindakan kompaun di bawah Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021 telah dikeluarkan kepada wanita tersebut,” katanya menerusi kenyataan sebentar tadi.

Noor Dellhan menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP yang sedang berkuatkuasa dan tindakan di bawah peruntukan undang-undang akan diambil jika berlaku ketidakpatuhan. – MalaysiaGazette