KUALA LUMPUR – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengkritik nilai kompaun sebanyak RM3,000 yang perlu dibayar oleh seorang wanita Inggeris yang enggan memakai pelitup muka ketika hendak memasuki sebuah butik mewah.
Ahli Parlimen Muar itu berkata, rakyat biasa yang letak pelitup muka dekat dagu sekejap pun dikenakan kompaun RM10,000.
”Karen VVIP kena kompaun RM3,000 bila dua kali tak pakai mask. Siap lawan cakap lagi!,” katanya menerusi Twitter.
Tanya beliau, sampai bila rakyat hendak hadap layanan dua darjat seperti ini.
Wanita Inggeris yang dikenali sebagai Karen itu dikenakan RM3,000 bagi dua kesalahan.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor dellhan Yahaya berkata, wanita itu didapati bersalah tidak mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan apabila gagal mendaftar masuk ke premis meenggunakan aplikasi MySejahtera di kawasan capaian Internet yang luas.
Kesalahan kedua pula tidak mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan apabila gagal memakai pelitup muka ketika berada di dalam premis. – MalaysiaGazette