Datuk Dr. Nor Azimi Yunus

KUANTAN –  Fungsi Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) semakin signifikan sebagai pelengkap petugas barisan hadapan dalam melaksanakan prosedur dan rawatan kepada pesakit.

Pengarah Jabatan Kesihatan (JKN) Pahang, Datuk Dr Norazimi Mohd Yunus berkata, golongan yang sinonim dengan profesion perubatan ini bertanggungjawab dalam menjaga kesihatan pesakit terutama semasa negara dilanda Covid-19.

“Mereka bukan sahaja berfungsi sebagai pembantu malahan mereka adalah pelengkap kepada perjawatan yang lain.

“Dalam kita menempuh pandemik Covid-19 ini, PPK merupakan antara tunggak penting dalam memastikan perkhidmatan kesihatan dapat diberikan pada tahap yang paling optimum.

“Mereka bertugas bersama-sama ‘frontliners’ dalam proses penghantaran pesakit, mengambil pesakit dari rumah, bertugas di Pusat Kurantin Dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan Pusat Penilaian Covid-19 (CAC),” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Tambah Dr. Norazimi, PPK membantu memantau stok Peralatan Pelindungan Diri (PPE), memastikan kebersihan tempat kuarantin dan makanan, urusan logistik, menyediakan data pesakit dan membantu urusan discaj kes.

“Ini bermakna, tugasan mereka sepanjang pandemik ini membuktikan mereka mampu menjalankan mandat yang telah diamanahkan dengan penuh tanggungjawab.

“Jika tiada PPK, maka pincanglah sebuah organisasi kesihatan yang dibina atas rasa tanggungjawab, kerja berpasukan dan profesionalisme,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast