Mohamad Ali (centre) with Rospandi (far left), Abdul Razak, Mohd Ridhwan and Mohd Noor Helmy at a news conference in Melaka today. Melaka state election UMNO Bersatu PAS
Mohamad Ali (centre) with Rospandi (far left), Abdul Razak, Mohd Ridhwan and Mohd Noor Helmy at a news conference in Melaka today. Mohamad Ali (tengah) bersama Rospandi (kiri sekali), Abdul Razak, Mohd Ridhwan dan Mohd Noor Helmy pada sidang media di Melaka hari ini.

MELAKA – Kesemua enam Ketua UMNO Bahagian Melaka menegaskan pendirian untuk kekal menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di dalam Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 Nov ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata, sebaliknya mereka dan semua ahli bahagian akan terus mengukuhkan hubungan dengan Pas dalam Muafakat Nasional (MN).

“Pendirian kita jelas, seluruh Ketua Bahagian dan ahli-ahli UMNO Bahagian negeri Melaka tidak akan bekerjasama dengan Bersatu dalam menghadapi PRN Melaka.

“Apa yang kita mahukan adalah kerjasama memperkukuhkan Muafakat Nasional bersama Pas,” katanya pada sidang media di Klebang di sini hari ini.

Mohamad Ali

Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka; Datuk Abdul Razak Abd Rahman; Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya Datuk Mohd Ridzuan Mohd Ali; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah Datuk Rospandi Leman; dan Ketua Pemuda UMNO Kota Melaka Mohd Noor Helmy Abdul Halim.

Mengulas lanjut Mohamad Ali yang juga Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu berkata, penolakan semua enam Ketua UMNO Bahagian itu terhadap Bersatu juga telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu mesyuarat di Masjid Tanah malam tadi.

Ditanya bagaimanakah reaksiĀ  perdana menteri yang juga Naib Presiden UMNO dalam pertemuan itu, Mohamad Ali berkata, perkara tersebut akan dfikirkan Ahli Parlimen Bera berkenaan.

“Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan fikirkan tapi inilah pendirian kita.

“Maknanya, apapun berlaku kita di negeri Melaka tidak akan bekerjasama dengan Bersatu,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast