ACP Noor Dellhan Yahaya

KUALA LUMPUR – Warga emas yang menikam seorang kanak-kanak lelaki dengan menggunakan pisau di taman permainan rumah pangsa Jalan Loke Yew petang semalam sudah ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Dangi Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, mangsa yang ditikam di perut dan peha dilaporkan stabil.

Suspek adalah jiran mangsa.

Menurutnya, polis menerima laporan kes itu lebih kurang jam 5.49 petang dan ketika tiba di tempat kejadian polis dimaklumkan mangsa telah dibawa ke Hospital Univeristi Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, suspek yang berusia 80-an itu mempunyai rekod rawatan psikiatri.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 326, Kanun Keseksaan (dengan senjata menyebabkan cedera parah dengan jalan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang berbahaya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau hotline Polis Kuala Lumpur 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran. – – MalaysiaGazette