Seorang pemandu lori termasuk kelindannya maut manakala seorang lagi parah selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 47 Jalan Johor Bahru- Mersing dekat sini petang semalam.

KOTA TINGGI – Seorang pemandu lori termasuk kelindannya maut manakala seorang lagi parah selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 47 Jalan Johor Bahru- Mersing dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, kemalangan melibatkan tiga kenderaan berlaku pada pukul 4.26 petang itu melibatkan dua buah lori jenis Isuzu dan sebuah kereta jenis Toyota Vios.

Mangsa yang meninggal dunia ialah pemandu lori, Hanafi Rosli, 38, kelindannya, Muhamad Riduan Hussain, 30.

“Pemandu dan kelindan lori meninggal dunia dan dibawa ke unit forensik HKT untuk bedah siasat sementara pemandu kereta tidak mengalami kecederaan.

“Kemalangan dipercayai berlaku ketika lori pertama dalam perjalanan dari Kota Tinggi menghala ke arah Mersing telah hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan.

“Ekoran itu lori berkenaan telah melanggar bahagian belakang Toyota Vios yang datang dari arah Mersing menyebabkan kereta itu berpusing dan masuk ke dalam longkang,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Kemalangan itu juga menyebabkan pemandu lori pertama berusia 26 tahun mengalami cedera parah dan dirawat di Hospital Kota Tinggi (HKT).

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jika disabitkan kesalahan boleh penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun serta denda RM20,000 hingga RM50,000 dan hilang kelayakan memegang lesen selama tempoh tidak kurang lima tahun, katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast