Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin. foto FB Selangor Royal Office

KUALA LUMPUR –  Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berharap agar pesta cahaya kali ini terus disambut dalam suasana yang harmoni, hormat menghormati, penuh toleransi dengan semangat perpaduan yang utuh.

”Semoga limpahan cahaya yang menjadi simbol perayaan Deepavali mampu terus menyinari semangat perpaduan antara kaum di Malaysia dalam menghadapi cabaran dan dugaan yang mendatang. Deepavali Valthukal 🪔,” titah baginda berdua.

Malah, baginda juga mahu supaya sambutan perayaan sebegini diraikan dengan meriah, sambil tetap berwaspada serta mematuhi SOP yang ditetapkan memandangkan wabak Covid-19 masih menular di dalam komuniti. –  MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast