Kuil Sri Mariamman Kuantan menetapkan SOP yang ketat.

KUANTAN – Seramai lebih 400 penganut Hindu meraikan sambutan Deepavali dengan rasa kesyukuran dalam Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara di Kuil Sri Mariamman di Tanah Putih, Kuantan pagi tadi.

Pengerusi Kuil Sriamamman, S.Thamiluanan

Pengerusi Kuil Sriamamman, S.Thamiluanan berkata, komuniti kaum India mula memenuhi perkaragan kuil pada pukul 7 pagi dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dengan mengimbas suhu badan dan kod MySejahtera serta memakai pelitup muka.

“Pihak pengurusan tempatkan anggota Jabatan Sukarela Pahang (RELA) untuk memantau SOP di pintu masuk dan perlu lengkap dua dos vaksin.

Seorang warga emas duduk berehat di tangga kuil sementara menantikan giliran untuk menyempurnakan acara sembahyang

“Hanya 80 orang boleh berada dalam kuil untuk upacara sembahyang dan masa dibenarkan setiap orang ialah 30 minit,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette.

Tinjauan MalaysiaGazette melihat pematuhan gaya norma baharu diamalkan dan segelintir kanak-kanak juga dibenarkan masuk bersama ibu bapa ke kuih dalam tempoh 30 minit.

Hadir sama wakil Jabatan Perpaduan Negeri Pahang  meninjau keadaan sekita kuil bagi memastikan hari istimewa buat kaum Hindu iti berjalan dengan lancar.

Difahamkan kuil dibuka sejak pukul 6 pagi dan aktiviti keagamaan serta sambutan Deepavali di kuil dibenarkan sehingga pukul 12 tengah hari.

Salah seorang pengadut agama Hindu sedang bersedia memulakan upacara sembahyang

Terdapat tiga kuil utama di daerah ini dan semua pengurusan kuil bertanggungjawab melaksanakan garis panduan SOP yang ditetapkan ialah Kuil Sri Mariamman Kuantan, Kuil Sri Marriamman  Semambu, dan Kuil Sri Sithi Vinayagar.

Sementara itu, seorang pemuda menzahirkan rasa kesyukuran apabila dapat menunaikan upacara sembahyang di kuil pada tahun ini dan menganggap detik indah buat dirinya dan keluarga.

Moheshwaran Lingam

Moheshwaran Lingam yang juga setiausaha kuil, berbaju hijau muda berasa teruja dapat menunaikan adat dan pulang ke kampung bagi beraya bersama keluarga dan sahabat.

“Tahun lepas kita berjaya Dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jadi tidak dapat pulang ke kampung, hanya secara virtual.

“Terima kasih kepada kerajaan atas kelonggaran ini, dan semoga semua terus mematuhi SOP supaya kita dapat meraikan sambutan serta cuti dengan harmoni”. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast