Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jumlah had maksimum untuk menjalankan upacara akad nikah di masjid dibenarkan seramai 20 orang, berkuatkuasa hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), kebenaran itu diberikan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi masjid-masjid di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Namun, jumlah tersebut adalah tertakluk kepada keluasan ruang majlis.

“Bagi upacara yang hendak dijalankan di premis sewaan, had maksimum yang dibenarkan adalah 50 peratus keluasan dewan dengan penjarakan fizikal.

“Untuk majlis akad nikah di pejabat JAWI pula, jumlah maksimum adalah seramai 10 orang termasuk jurunikah dan dua orang saksi,” katanya.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, hanya individu yang telah lengkap divaksin sahaja dibenarkan untuk berada pada majlis tersebut. – MalaysiaGazette