Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. endemic phase Parliament federal awards
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

KUANTAN – Yang di-Pertuan Agong, Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan gelaran Yang Hormat Datuk Kurnia kepada empat individu di negeri ini berkuatkuasa 27 Oktober 2021.

Pengurniaan gelaran itu adalah seperti Datuk Kurnia Ekram, Datuk Kurnia Wira, Datuk Kurnia Bistari dan Datuk Kurnia Arjuna.

Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata, gelaran Datuk Kurnia Ekram diterima oleh Datuk Seri Vinod Kumar Agawal.

“Turut diperkenankan pengurniaan gelaran Datuk Kurnia Wira kepada Leftenan Kolonel Datuk Dr Ir Thong Kok Sing, Datuk Kurnia Bistari kepada Datuk Mohamed Ariffin Awang Ismail. dan Datuk Kurnia Arjuna kepada Datuk Akbar V V Abu,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan media menerusi Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.

Ahmad Khirrizal turut memaklumkanĀ  pengisytiharan pengurniaan gelaran itu selaras Perkara 28 (bahagian pertama) Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang yang memperuntukkan bahawa Raja Pemerintah punca bagi segala pangkat-pangkat kebesaran dan kemuliaan dalam Pahang.

Sebagai Sultan Pahang, hanya baginda sahaja yang berhak mengurniakan gelaran dan pangkat kemuliaan dan mengadakan pangkat kebesaran atau kurniaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast