KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan orang ramai sentiasa amalkan kawalan kendiri dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan semasa meraikan sambutan Hari Deepavali.
Katanya, apa yang dilakukan sekarang amatlah penting pada bulan-bulan yang akan datang sebagai penanda aras persediaan kita memasuki fasa endemik.
Tingkatkan penilaian kendiri Covid-19 dengan TRIIS iaitu Trace, Report, Inform, Isolate & Seek.
”Saya dan seluruh warga kerja Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali buat semua Keluarga Malaysia yang menganut agama Hindu.
”Dalam keceriaan kita menyambut hari perayaan ini, saya berharap semua rakyat Malaysia berganding bahu dalam menjalankan tanggungjawab bersama dan berusaha untuk membantu negara dengan pembukaan semula ekonomi dan sosial dengan selamat,” ujarnya. – MalaysiaGazette