covid-19
Sebanyak lapan kematian dilaporkan KKM semalam. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 64 kematian akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan setakat semalam.

Daripada bilangan terkini itu, sebanyak 16 kematian di luar hospital (BID).

Berdasarkan data yang dikongsikan COVIDNOW, jumlah keseluruhan kematian akibat pandemik itu terus bertambah kepada 29,155 kes.

Mengikut pecahan negeri, Sarawak masih negeri tertinggi yang mencatat kematian harian iaitu sebanyak 19 kes

Diikuti dengan Johor (8), Kelantan (7), Perak (6), Selangor (6), Pahang (4), Kedah (3), Sabah (3), Terengganu (3), Pulau Pinang (2), Kuala Lumpur (2) dan Negeri Sembilan (1).

Manakala, tiada kematian harian dilaporkan di empat buah negeri iaitu Melaka, Perlis, Labuan dan Putrajaya.

Dalam pada itu, terdapat 66,944 kes aktif Covid-19.

Untuk rekod, semalam sebanyak 5,681 kes positif baharu dilaporkan manakala kes sembuh pula 5,865.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast