KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) menasihati orang ramai berwaspada dan tidak terperdaya dengan sebarang bentuk tawaran dana bagi mengerjakan ibadat haji daripada mana-mana pihak melalui panggilan telefon.

TH dalam kenyataannya berkata, TH tidak pernah melantik mana-mana organisasi atau orang perseorangan untuk menjadi perantara/orang tengah/agen dalam hal-hal berkaitan
tawaran haji mahupun pakej haji.

Kenyataan ini dikeluarkan selepas TH menerima laporan daripada pendeposit bahawa ada
individu tidak bertanggungjawab yang menawarkan dana haji untuk
membolehkan mereka menunaikan haji dengan lebih cepat.

Sedangkan, jelas TH, pemilihan giliran menunaikan haji adalah berdasarkan sistem pendaftaran yang mana dahulu, didahulukan.

Sehubungan itu, TH berharap orang ramai agar lebih berhati-hati apabila menerima sebarang tawaran dana bagi urusan haji daripada pihak yang tidak dikenali.- MalaysiaGazette