Masidi Manjun

KUALA LUMPUR – Sebanyak 74.79 peratus penduduk dewasa di Sabah lengkap mendapat suntikan vaksin Covid-19, manakala 76.09 peratus menerima satu dos suntikan setakat kelmarin.

Perkembangan terbaharu itu dimaklumkan jurucakap status harian Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun yang memberitahu, secara keseluruhan, kumulatif penduduk Sabah yang sudah menerima satu dos vaksin setakat kelmarin adalah seramai 2,428,936 orang.

Katanya, ia meliputi 2,098,987 orang penduduk dewasa atau bersamaan 76.09 peratus daripada jumlah penduduk dewasa di negeri ini.

“Seramai 2,350,852 individu pula sudah lengkap vaksin setakat 4 November dengan 2,063,067 atau 74.79 peratus daripadanya adalah penduduk dewasa.

“Seramai 329,949 orang atau 76.03 peratus penduduk remaja pula menerima satu dos vaksin, manakala remaja yang sudah lengkap dos vaksin adalah seramai 287,785 atau 66.31 peratus setakat ini,” katanya menerusi kenyataan.

Sementara itu beliau berkata, statistik pemberian vaksin yang dilaksanakan di Sabah kelmarin menunjukkan seramai 11,816 diberikan suntikan, masing-masing 8,069 orang penduduk dewasa, manakala 3,747 orang remaja.

Kerajaan negeri sebelum ini menetapkan akhir bulan lalu untuk mencapai imuniti kelompok atau 80 peratus penduduk dewasa lengkap vaksin di Sabah, namun sasaran itu dilanjutkan ke bulan ini berikutan kadar pengambilan vaksin yang rendah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.