KUALA LUMPUR – Sehingga semalam, sebanyak 47 kes kematian dilaporkan akibat jangkitan Covid-19.
Daripada bilangan terkini berkenaan, empat kes kematian berlaku di luar hospital (BID).
Berdasarkan data COVIDNOW, jumlah keseluruhan kematian akibat pandemik berkenaan bertambah kepada 29,902.
Laman sesawang itu menunjukkan, Sarawak masih lagi negeri paling tinggi mencatatkan kematian harian iaitu 16 orang semalam.
Diikuti dengan Johor (6), Selangor (5), Kuala Lumpur (5), Terengganu (4), Kedah (3), Kelantan (2), Pahang (2), Perak (2), Malacca (1) dan Sabah (1).
Lima buah negeri yang tidak mencatatkan kematian harian iaitu Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.
Sementara itu, kes aktif sehingga kini adalah 66,240.
Untuk rekod, semalam sebanyak 4,912 kes positif baharu direkodkan yang mana 10 daripadanya merupakan kes import.
Selain itu, kes sembuh masih mengatasi kes positif iaitu 5,579.- MalaysiaGazette