Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi kerusi N4 Lendu menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN).

Pertandingan itu disahkan selepas Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Lendu, Haidir Haron yang mengumumkan senarai calon bertanding di kerusi N4 Lendu pada PRN Melaka, kali ini.