KUALA LUMPUR – Sebanyak 13 kawasan di ibu negara mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan satu insiden paip pecah telah berlaku di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Ekoran itu, Pengurusan Air Selangor menutup bekalan air pada jam 11.30 pagi tadi.

Kawasan-kawasan terlibat ialah Taman Muda, Taman Bukit Permai, Taman Bukit Pandan, Kg Cheras Baru, Taman Mawar, Taman Seraya, Taman Mega, Taman Bukit Teratai, Taman Melur, Taman Saga, Taman Putra, Pandan Mewah dan Taman Mestika.

Kerja-kerja pembaikan dijangka siap sepenuhnya pada jam 11.30 pagi esok.

Para pengguna akan mula menerima bekalan air secara berperingkat-peringkat selepas kerja-kerja siap dilaksanakan.

Air Selangor akan menggerakkan lori-lori tangki ke kawasan yang terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengebumian. – MalaysiaGazette