Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19 ketika tinjauan eksklusif Malaysia Gazette di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur. Foto FAREEZ FADZIL, 04 JUN 2021.

 

KUALA LUMPUR – Sebanyak 58 kes kematian direkodkan oleh Kementerian Kesihatan semalam menjadikan kes kumulatif akibat jangkitan Covid-19 terus bertambah kepada 29,349.

Daripada jumlah itu, lapan kes kematian berlaku di luar hospital (BID).

Setakat ini sebanyak 5,932 kes kematian BID.

Semalam, Selangor merekodkan kes kematian tertinggi dengan 13 kes, diikuti Sarawak 12 kes.

Manakala negeri Perak (tujuh), Johor dan Kelantan masing-masing dengan enam kes, Kedah dan Terengganu empat kes serta Melaka dan Kuala Lumpur dua kes.

Sabah dan Pahang pula masing-masing satu kes.

Manakala Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya mencatatkan sifar kes kematian Covid-19.

Setakat jam 11.59 malam tadi, sebanyak 61,760 kes aktif dengan 534 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu 263 atau 0.4% memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara merekodkan 2,863 kes aktif. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast