Ahmad Zahid Hamidi close contact Covid-19 case Janda Baik, Judge Collin Lawrence Sequerah money laundering corruption criminal breach of trust CBT Yayasan Akalbudi foundation
Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Orang Melaka perlu berhati-hati dengan strategi pembunuhan karakter yang sedang diulangi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pembunuhan karekter ini bertujuan merosakkan nama baik calon Barisan Nasional seperti mana dilakukan dalam PRU Ke-14.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia bertujuan memperdaya perhatian rakyat daripada isu-isu mendasar kepada isu-isu yang menyerang peribadi calon BN.

”Bagaimanapun saya yakin rakyat Melaka berfikiran rasional dan dapat menilai propaganda yang memanipulasi,” katanya.

Menurut beliau, di saat BN bercerita tentang mengembalikan kestabilan demi kemakmuran Melaka, ada pula pihak gigih memperlekeh calon BN.

Zahid berharap semoga rakyat Melaka tidak menghiraukan itu lagi kerana yang penting bersama mengembalikan Melaka ke landasan sebenar.

Lagipun rakyat sudah bosan dengan pendekatan lawan politik BN menghasut rakyat membenci dan memandang hina peribadi.

”Apa yang kita perdebatkan kompetisi ideologi, dasar, kemampuan, keberkesanan mentadbir, kejujuran dan keikhlasan parti.

”Fokus utama adalah tentang BN kembali sebagai sebuah kerajaan demi masa depan rakyat dan negara,” ujarnya, sambil menyifatkan misi rakyat Melaka memastikan kemenangan BN dalam PRN kali ini juga merupakan misi seluruh rakyat Malaysia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast