Raheem Sterling, Timo Werner dan penyerang veteran United, Edinson Cavani.-Foto Marca.com

LONDON – Gergasi La Liga, Barcelona bersedia membawa masuk bintang baharu ke dalam pasukan mereka pada jendela perpindahan Januari ini, lapor ESPN.

Tiga nama penyerang yang berada dalam senarai Barca adalah Raheem Sterling, Timo Werner dan penyerang veteran United, Edinson Cavani.

Barcelona kini kehilangan khidmat Sergio Aguero yang mengalami masalah jantung.
Seterusnya, Raheem Sterling dianggap penyelesai kepada masalah kecederaan yang berterusan dialami oleh Ousmane Dembele dan Ansu Fati.

Memandangkan situasi kewangan mereka yang agak tenat, maka Barca akan cuba untuk mendapatkan pemain pemain terseburt secara pinjaman.

Sementara itu, pengurus Manchester City, Pep Guardiola turut memberikan komen tentang situasi Sterling yang dikaitkan dengan kelab kesayangannya itu.

“Jika Barcelona mahukan mana mana pemain kami, saya yakin mereka akan mendapatkannya. Barcelona adalah kelab yang terus menarik dan lebih daripada sekadar itu,” katanya.

Pada masa sama, Barcelona mahu menamatkan awal perjanjian pinjaman dan mengembalikan semula Luuk De Jong ke Sevilla.

Pemain itu dibawa masuk Ronald Koeman pada perpindahan yang lalu.

Barcelona kini diuruskan oleh Xavi Hernandez yang cuba meletakkan Barca kembali ke kedudukan kelompok teratas liga. – Agensi