Dr. Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA – Sebanyak 6,026 kes sembuh Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif berjumlah 2,441,485 kes atau 96.3 peratus..

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 6,517 kes baharu positif yang dilaporkan hari ini, 16 kes adalah kes import membabitkan 10 warga tempatan dan enam warga aisng.

“Justeru, daripada 6,501 kes tempatan yang dilaporkan hari ini, 6,214 daripadanya adalah warga tempatan manakala 287 adalah warga asing.

“Manakala jumlah kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 544 kes manakala sebanyak 269 kes memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Menurut Noor Hisham, daripada 6,517 kes harian  sebanyak 125 kes (1.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5 manakala 6,392 kes (98.1 peratus) adalah kategori 1 dan 2.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, sebanyak sembilan kluster baharu telah dikenalpasti Kementerian Kesihatan (KKM) berbanding empat kluster yang dikesan semalam.

Tambah beliau, setakat ini sebanyak 5,551 kluster telah ditamatkan manakala 286 kluster lagi masih aktif. – MalaysiaGazette