Acryl Sani Abdullah sani semasa menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 di Hospital Pakar KPJ Tawakal di Jalan Pahang bersama beberapa pegawai kanan PDRM pagi semalam. Kredit Gambar: Lans Koperal Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani telah selesai menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19.

Beliau telah menerima dos penggalak terbabit di Hospital Pakar KPJ Tawakal  di Jalan Pahang di sini semalam.

Semalam, beliau hadir ke hospital berkenaan pada waktu pagi untuk menerima dos penggalak di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang dilakukan di hospital tersebut.

 

Acryk Sani bersama Zaini Jass tiba ke Hospital Pakar KPJ Tawakkal untuk mengambil dos penggalak vaksin Covid-19 pagi semalam.-Kredit Gambar: Lans Koperal Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin
Mat Kasim turut menerima dos penggalak vaksin Covid-19 pagi semalam di Hospital Pakar KPJ Tawakal di Jalan Pahang.-Kredit Gambar: Lans Koperal Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin

 

Zaini Jass turut menerima dos penggalak vaksin Covid-19 pagi semalam di Hospital Pakar KPJ Tawakal di Jalan Pahang.-Kredit Gambar: Lans Koperal Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin

Pemberian dos penggalak yang telah dilaksanakan kerajaan bermula dari 13 Oktober lalu kepada pelengkap dua dos vaksin bertujuan bagi memastikan perlindungan yang optimum dapat dicapai terhadap jangkitan Covid-19.

Turut hadir bersama Acryl Sani dan menerima suntikan penggalak di hospital sama ialah Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zaini Jass dan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Wira Mat Kasim Karim serta beberapa pegawai kanan polis. – MalaysiaGazette