Dr Noor Hisham Abdullah Covid-19 cases recoveries
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 5,162 kes positif baharu Covid-19 direkodkan pada hari ini berbanding 5,809 kes semalam, menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 2,546,309 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu sebanyak 104 kes atau 2.0 peratus adalah kategori 3,4 dan 5 manakala 5,058 kes adalah kategori 1 dan 2.

“Daripada 5,162 kes harian ini, sebanyak 11 kes import dikenalpasti iaitu membabitkan lapan warga tempatan dan selebihnya warga asing.

“Manakala sebanyak 5,151 kes adalah tempatan iaitu 4,968 orang warganegara dan 183 lagi bukan warganegara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, setakat 12 tengahari tadi sebanyak 5,019 kes sembuh dilaporkan dengan jumlah kumulatif sebanyak 2,451,216 kes.

Katanya, sebanyak 524 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi dengan 486 kes disahkan Covid-19, 38 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan.

Jelasnya, sebanyak 265 kes memerlukan bantuan pernafasan yang mana 197 kes disahkan Covid-19 sementara 68 kes lagi adalah disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan.

“Pada hari ini, tiada kluster baharu jangkitan Covid-19 dikesan di dalam negara manakala 5,574 kluster ditamatkan sementara 266 kluster masih aktif,” ujarnya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast