Dr Noor Hisham Abdullah Covid-19 cases recoveries
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 6,013 kes sembuh direkodkan berbanding 5,413 kes positif baharu Covid-19 dicatatkan pada hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, berikutan itu jumlah kumulatif kes sembuh meningkat kepada 2,461,780 kes.

“Daripada 5,413 kes harian yang dilaporkan setakat 24 jam yang lalu, 102 kes atau 1.9 peratus adalah kategori 3, 4 dan 5 manakala 5,311 kes atau 98.1 peratus kategori 1 dan 2.

“Jumlah kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 545 kes manakala sebanyak 264 kes memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, daripada 5,413 kes harian, 17 kes adalah import melibatkan 14 warganegara dan selebihnya warga asing.

Katanya, sebanyak 5,396 kes adalah tempatan yang mana 5,172 daripadanya adalah warga tempatan manakala 224 kes bukan warganegara.

Menurut Dr. Noor Hisham, sebanyak tujuh kluster dikesan pada hari ini.

Katanya, setakat ini jumlah kluster yang dilaporkan adalah 5,850 dan 5,598 kluster telah ditamatkan sementara 252 kluster masih aktif. – MalaysiaGazette