Panorama AnCasa Royale Pekan, Pahang yang berlatarbelakang Sungai Pahang.

KUALA LUMPUR – AnCasa Hotels & Resort (AnCasa) menawarkan promosi menarik sepanjang Pameran MATTA yang akan diadakan pada 20 hingga 21 November ini.

AnCasa dalam satu kenyataan berkata, promosi itu melibatkan AnCasa Residences Port Dickson, AnCasa Royale Pekan, Pahang dan Kuala Terengganu Golf Resort, Terengganu.

AnCasa yang merupakan rangkaian hotel milik UDA Holdings Bhd. menggalakkan orang ramai merebut peluang itu kerana terdapat harga diskaun bilik sehingga 50 peratus sepanjang pameran tersebut.

“Sepanjang Pameran MATTA, pengunjung yang membeli lebih banyak baucar akan mendapat kelebihan untuk mendapat diskaun harga yang semakin tinggi untuk pembelian seterusnya.

“Lebih menarik, pembelian baucar tersebut sah selama setahun itu digunakan mengikut perancangan pengunjung,” kata kenyataan itu.

Suasana bilik di AnCasa Hotel Kuala Lumpur.

Sementara itu, Pameran MATTA yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur menawarkan kemasukan percuma tetapi hanya membenarkan pelawat yang divaksin sahaja di dalam dewan.

Pengunjung tidak dibenarkan membawa kanak-kanak ke pameran seperti yang dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan.

Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) menyasarkan jualan sebanyak RM25 juta semasa Pameran MATTA dan kehadiran 25,000 pengunjung selama dua hari itu. – MalaysiaGazette