Seorang konduktor dan dua penumpang bas dikhuatiri maut selepas yang dinaiki terkandas di dalam banjir di Kadapa. foto thenewsminute.com

 

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya 15 orang maut dan lebih 100 lagi hilang di negeri Andhra Pradesh, selatan India akibat banjir kilat selepas hujan turun tanpa henti, lapor media tempatan.

Banjir kilat dilaporkan melanda empat daerah di negeri itu, iaitu Chittoor, Kadapa, Kurnool dan Anantapur.

Kira-kira tujuh pasukan Pasukan Tindak Balas Bencana Negara (NDRF) telah ditempatkan di kawasan yang dilanda banjir.

Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan untuk mencari orang yang hilang, menurut laporan media.

Laluan rel dan jalan raya di banyak kawasan di negeri ini turut terjejas akibat banjir. – Xinhua

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast